Keluaran Produk Lumina Networks Meningkatkan Kebolehpercayaan Perkhidmatan

Dilancarkan dalam rangkaian pembawa Peringkat 1, keluaran ini membolehkan infrastruktur tertakrif perisian berdasarkan tujuan


SAN JOSE, Calif., July 08, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada hari ini, Lumina Networks memperkenalkan versi 9.1 bagi Lumina Flow Manager daripada syarikat, iaitu produk yang utama dalam portfolio penyelesaian SD-Core, untuk memberikan kejuruteraan trafik rangkaian dan penghirisan logikal lanjutan kepada Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) apabila mereka beralih kepada 5G. Dilaksanakan dalam rangkaian telekomunikasi Peringkat 1, produk tersebut meningkatkan kebolehpercayaan bagi rangkaian baharu yang terpisah dengan menyokong penghirisan berdasarkan tujuan untuk membantu operator mengurangkan beban teras MPLS lazim mereka dan memodenkan pinggir.

Dalam keluaran ini, Lumina Networks menambahkan keupayaan penting yang lazim dalam rangkaian MPLS gred pembawa pada rangkaian kotak putih terpisah yang baharu - membuatkan ini dapat dilaksanakan dalam rangkaian heterogen. Meningkatkan kebolehpercayaan dan kebolehgunaan sumber kotak putih, ciri baharu merangkumi pengoptimuman multisiar automatik, pemantauan LLDP serta pengesanan pengubahan hala kegagalan pantas yang menyediakan konfigurasi dinamik untuk perkhidmatan E-line dan E-Tree yang mematuhi MEF.

  • Titik replikasi automatik & pautan kemasukan lebihan dengan kawalan perisian dinamik meringkaskan persediaan perkhidmatan E-Tree – Meningkatkan ketersediaan perkhidmatan sementara mengurangkan pemprograman untuk menyokong gangguan rangkaian.
  • BFD untuk OpenFlow Networks – Mengurangkan masa pengenalpastian anomali dan mendorong pembaikan setempat dalam rangkaian baharu, dengan itu meningkatkan kecerdasan dan kebolehpercayaan rangkaian.
  • Penyepaduan suis Kotak Putih P4 – Membolehkan sokongan untuk lebih banyak jenis perkakasan suis.
  • Topologi yang diperuntukkan menyediakan rangka kerja untuk penghirisan rangkaian, membolehkan topologi fizikal digambarkan melalui berbilang topologi logikal bagi proses pengiraan laluan dan operasi.

Beroperasi pada Pengawal SDN berdasarkan OpenDaylight Lumina (keluaran Fluorin), aplikasi tersebut memanfaatkan pembangunan komuniti yang terkini.

“Atas sebab perubahan yang berterusan pada pelanggan kami, usaha mengawal bahagian rangkaian yang berbeza-beza kekal sebagai salah satu cabaran yang terbesar apabila kami beralih kepada 5G,” kata Andrew Coward, Lumina Networks, Ketua Pegawai Eksekutif. “Sukacita dimaklumkan bahawa kemas kini Lumina Flow Manager ini telah dibuktikan dalam rangkaian Peringkat 1 yang dilancarkan - menyokong 5X pertumbuhan dalam suis dan 15X pertumbuhan dalam perkhidmatan - untuk membantu proses merapatkan jurang bahagian dan meningkatkan kecekapan untuk rangkaian yang berubah.”

Lumina Flow Manager dilengkapi ciri untuk membantu CSP memanfaatkan penyelesaian sumber terbuka dalam persekitaran heterogen agar tidak dihalang oleh penguncian vendor dan menyampaikan perkhidmatan atas permintaan yang lebih tersuai. Pasukan perkhidmatan NetDev dalam syarikat membantu syarikat yang berubah untuk beralih kepada perkaedahan NetDevOps. Apabila industri terus melalui proses transformasi, Lumina Flow Manager akan mendayakan rangkaian generasi akan datang seperti EVPN.

Perihal Lumina Networks 
Penyelesaian perangkaian sumber terbuka Lumina Networks meringkaskan dan mengautomatikkan rangkaian heterogen. Dengan menggabungkan kecemerlangan kejuruteraan, kepimpinan sumber terbuka dan perkaedahan pembangunan yang tangkas, Lumina Networks memperkasa Penyedia Perkhidmatan untuk menggambarkan semula masa hadapan mereka yang tiada risiko penguncian vendor. Dengan menyatukan seni bina rangkaian dan mendayakan kefungsian rangkaian berdasarkan tujuan, Lumina Networks menyediakan pendekatan yang lebih mengutamakan pelanggan untuk membina dan menyampaikan perkhidmatan atas permintaan yang boleh disesuaikan. Ketahui lebih lanjut tentang Lumina Networks di www.luminanetworks.com dan @luminanetworks.

Orang Hubungan Media:
Stephanie Owyoung, Lumina Networks 
Pengarah, Pemasaran 
+1 (925) 719 - 4957
Sowyoung (at) luminanetworks.com