Synchronoss Bekerjasama dengan Arrow untuk menyampaikan penyelesaian bangunan pintar hujung-ke-hujung di seluruh dunia


BRIDGEWATER, N.J., Aug. 02, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan persetujuan dengan Arrow Electronics untuk membangunkan dan membawa kepada pasaran penyelesaian bangunan pintar IoT hujung-ke-hujung baharu. Bertujuan untuk digunakan oleh pengendali telekom, pembekal perkhidmatan dan penyepadu sistem, penyelesaian ini akan membenarkan pengguna untuk memantau dari jauh dan mengurus ciri dan sistem pada premis automasi utama, termasuklah pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC); pencahayaan; keselamatan; penyenggaraan; dan penggunaan tenaga.

Penyelesaian bersama ini akan menggabungkan Platform Bangunan Pintar Synchronoss, yang menyatukan data daripada sistem dan penderia bangunan yang berbeza kepada papan pemuka tunggal dan disatukan. Platform Synchronoss mengagregat dan menganalisis data dalam masa nyata untuk mendedahkan pandangan baharu dan memberikan pengesyoran untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan prestasi operasi dan mengurangkan kos operasi untuk bangunan. Ini akan digabungkan dengan kepakaran Arrow sendiri dalam menghasilkan dan mengkonfigurasikan sistem pengurusan dalam bangunan berdasarkan perkakasan, pakej disepadukan yang pengendali telekom, penyepadu sistem dan pembekal perkhidmatan lain boleh tawarkan kepada syarikat dan organisasi multinasional besar untuk mengawal ciri automasi pada tapak premis mereka dari jauh.

Tidak seperti produk bangunan pintar lain, penyelesaian bersama Synchronoss-Arrow benar-benar global dalam segi skala dan skopnya. Sistem pengurusan bangunan pintar berdasarkan IoT semasa bergantung pada rakan kongsi penyepaduan rantau yang tidak boleh menyediakan capaian antarabangsa dan ketersambungan diperlukan oleh organisasi multinasional dengan berbilang premis di seluruh dunia. Kebolehskalaan penyelesaian Synchronoss-Arrow bermaksud jenama dan organisasi global boleh menggunakannya dari jauh untuk mengurus dan memantau pejabat dan kemudahan mereka di berbilang lokasi di seluruh dunia.

David Haight, Presiden dan Pengurus Besar untuk Kerjasama Global di Synchronoss, kata, “Penyelesaian IoT bangunan pintar hari ini kerap kali terlalu silo, sistem sekali sahaja yang tidak fleksibel yang hanya direka bentuk untuk menyokong ciri dan fungsi automasi individu. serta tidak dapat menyepadu dengan betul sesama sistem. Penyelesaian baharu daripada Synchronoss dan Arrow menyelesaikan isu yang mendesak ini dengan mengagregat sistem berbeza kepada antara muka tunggal. Ini juga membenarkan kita untuk mengakses pasaran antarabangsa baharu dan penting di Amerika Syarikat, Eropah dan rantau Asia Pasifik.”

Tentang Synchronoss Technologies, Inc.

Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Pelabur:
ICR
Joseph Crivelli,  +1 610.299.6700
Joe.Crivelli@Synchronoss.com

Orang Hubungan Media:
Anais Merlin 
CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9200
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Diane Rose
CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com