Simex Group Inc. (OTC: ARGB) melancarkan Projek Jed Kazakhstan


LAS VEGAS, Aug. 09, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Simex Group Inc. (sebelum ini dikenali sebagai American Retail Group Inc.), ialah syarikat pemegangan Simex Inc., pembangun dan pemilik platform blok rantai berbilang fungsi “SIMEX”. Simex Group Inc. berbesar hati untuk mengumumkan bahawa syarikat perlombongan yang bertapak di Hong Kong, Jade Resources Limited, telah bersetuju untuk merancang pusingan penawaran pelaburannya yang seterusnya, Projek Jed Kazakhstan: satu usaha token keselamatan yang baharu, menggunakan platform SIMEX.

Simex Inc. ialah pemilik benefisial penukaran aset digital berlesen yang diuruskan dan wujud di bawah undang-undang Republik Estonia. Simex Inc. mengkhususkan dalam pelbagai jenis penyelesaian perisian dalam industri blok rantai termasuklah pembangunan, penyelenggaraan dan sokongan daripada platform pertukaran digital yang serba canggih dan instrumen perisian yang pelbagai dalam pentokenan serta digitalisasi sekuriti dan komoditi. Simex Group Inc. bercadang untuk membuka akses kepada instrumen pelaburan blok rantai kepada pelabur di seluruh dunia. Simex Group Inc. menjangka dengan menggunakan platform SIMEX, ia akan membuka lingkungan baharu kepada pengeluar, pelabur dan wakil broker serta akan memudahkan proses pelaburan bagi pelabur dan pengeluar.

Projek Jed Kazakhstan dibangunkan untuk Jade Resources Limited, peneraju dalam perlombongan dan penghasilan jadeit dan salah satu pembekal terbesar jed ke China. Jade Resources Limited memiliki salah satu deposit jadeit tunggal terbesar di dunia, di lombong jed di Kazakhstan. Jade Resources Limited ialah syarikat bersepadu menegak yang mengawal keseluruhan rantai operasi jadeit: daripada perlombongan dan pengeluaran hingga ke pemasaran. Akses kepada Jade Resources Limited akan membenarkan pelabur daripada pelbagai negara* untuk mengakses keselamatan Jade Resources Limited dan peserta dalam projek ini.

Kevin Foo, CEO dan Presiden Jade Resources Limited, mengumumkan: “Penggunaan teknologi baharu adalah perkara biasa dalam industri perlombongan. Teknologi yang disediakan oleh SIMEX memudahkan pelabur untuk menyertai projek perlombongan hasil tinggi prospektif seperti Jed Kazakhstan. Kami dapat menawarkan kepada pelabur berpotensi peluang untuk mengakses projek kami dan untuk mengetahui bahawa pelaburan mereka adalah mematuhi undang-undang sekuriti yang berkaitan dan bercagar oleh teknologi disulitkan blok rantai SIMEX”.

Kevin Foo mempunyai kerjaya 40 tahun dalam semua aspek industri perlombongan, termasuklah R&D, pengendalian, pengurusan projek dan pengarahan dalam syarikat awam. Beliau telah tinggal dan bekerja di banyak negara di lima benua, termasuk 20 tahun di Kazakhstan dan Rusia. Encik Foo paling dikenali atas pengukuhan semula dan pembiayaan semula syarikat perlombongan awam UK, Celtic Resources Holdings. Beliau mengambil alih syarikat ini dengan permodalan pasaran USD $700,000 pada bulan November 1999 dan kemudian berjaya menjualnya kepada syarikat besar Rusia pada harga USD $360 juta pada bulan Disember 2007. Encik Foo juga dikenali sebagai salah seorang usahawan yang berjaya melangkau ke industri minyak dan gas. Beliau mengasaskan Victoria Oil and Gas Plc yang menjadi syarikat utiliti gas yang berjaya di Cameroon di bawah naungannya. Beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Victoria Oil and Gas Plc pada awal tahun 2019 untuk memfokuskan pada membangunkan deposit jed yang besar di Kazakhstan.

* Walaupun Simex Group Inc. secara aktifnya meneroka peluang untuk membenarkan pelabur Amerika Syarikat untuk mendaftar dengan platform SIMEX, peluang ini, tidak tersedia pada masa pengumuman ini.

Peruntukan Undang-Undang

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan untuk masa hadapan, terutama yang berkaitan dengan, antara perkara lain, rancangan perniagaan Simex Group Inc., pernyataan berkaitan matlamat, rancangan dan ramalan tentang kedudukan kewangan dan strategi perniagaan Simex Group Inc. Perkataan atau frasa “akan”, “akan membenarkan”, “bercadang untuk”, “mungkin menghasilkan”, “dijangkakan untuk”, “akan terus”, “dijangka”, “diharap”, “dianggarkan”, “projek”, “menunjukkan”, “boleh”, “berpotensi”, “patut”, “percaya”, “fikir”, “dianggap” atau ungkapan yang serupa bertujuan untuk menentukan “kenyataan untuk masa hadapan”. Kenyataan untuk masa hadapan termasuk dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934 dan tertakluk pada peruntukan undang-undang yang dicipta oleh seksyen ini. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang diunjurkan dalam kenyataan untuk masa hadapan hasil daripada risiko dan ketidakpastian. Kenyataan masa hadapan seperti ini berdasarkan jangkaan semasa yang melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, kebergantungan pada pihak ketiga untuk maklumat, transaksi atau pesanan yang mungkin dibatalkan dan faktor lain yang mungkin menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar kami, atau pembangunan dalam industri kami, menjadi berbeza secara material daripada hasil, prestasi atau pencapaian dijangka yang diungkapkan secara tersurat atau tersirat oleh kenyataan masa hadapan ini. Faktor yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada hasil yang dijangka termasuklah risiko dan ketidakpastian berkaitan naik turun keadaan ekonomi global, prestasi pengurusan dan pekerja kami, keupayaan kami untuk memperoleh kewangan, persaingan, keadaan ekonomi secara umum dan faktor lain yang diperincikan dalam laporan berkala kami dan pada dokumen yang kami failkan dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Kenyataan yang dibuat ini adalah pada tarikh siaran akhbar ini dan tidak boleh diharapkan pada sebarang tarikh seterusnya. Simex Group Inc. mengingatkan pembaca agar tidak meletakkan kebergantungan pada kenyataan seperti ini. Simex Group Inc. tidak melaksanakan dan Simex Group Inc. secara khusus menafikan sebarang kewajipan, untuk mengemas kini sebarang kenyataan masa hadapan untuk mencerminkan kejadian, pembangunan, peristiwa atau keadaan yang tidak dijangka atau keadaan selepas tarikh penyata tersebut. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan dan anggaran Simex Group Inc.

Maklumat hubungan SIMEX:
E-mel: info@simex.global
Ibu Pejabat: 2300 West Sahara, Office 400, Las Vegas, 89102

Maklumat hubungan peguam wakil korporat:
Kirill Y. Nikonov, Esq.
Carmel, Milazzo & DiChiara LLP
55 West 39th Street, 18th Floor
New York, NY 10018
E-mel: knikonov@cmdllp.com