Arcserve dan Sophos Mengumumkan Perikatan Strategik Untuk Menawarkan Keselamatan dan Perlindungan Data Semua Dalam Satu daripada Serangan Siber


  • Perikatan global melambangkan matlamat pertama industri untuk memastikan pengurangan serangan siber melalui keselamatan dan perlindungan data berbilang lapisan
  • Penyelesaian bersama secara unik menggabungkan teknologi pencegahan ancaman dengan keupayaan kesinambungan perniagaan di tapak dan di luar tapak bagi penyelesaian semua dalam satu yang boleh dikerahkan dalam masa 15 minit

AUSTIN, Texas, Sept. 25, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Arcserve, LLC, penyedia perlindungan data paling berpengalaman di dunia hari ini mengumumkan perikatan global dengan Sophos, peneraju dalam keselamatan rangkaian dan titik akhir, untuk menyediakan organisasi dengan perlindungan khusus untuk data yang disandarkan untuk memerangi ancaman siber. Menerusi kolaborasi ini, organisasi kini boleh menggunakan satu-satunya penyelesaian pasaran yang menyepadukan antiperisian tebusan dan teknologi pencegahan ancaman lain seperti AI pembelajaran mendalam untuk perisian hasad yang diketahui dan tidak diketahui, dan pemulihan bencana dan keupayaan ketersediaan tinggi yang memenangi anugerah bagi mencegah kehilangan data. Bersama-sama, penyelesaian baru ini menyampaikan pendekatan berbilang lapisan untuk mencegah, melindungi dan menangkis data sandaran daripada serangan siber.

Laporan yang dikeluarkan oleh Cybersecurity Ventures meramalkan kos seluruh dunia bagi perisian tebusan mencapai $11.5 bilion USD pada 2019 dan $20 bilion USD menjelang 2021, dengan serangan terhadap perniagaan berlaku setiap 14 saat menjelang hujung tahun ini. Memandangkan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap perusahaan secara berterusan untuk membuat keuntungan, perikatan ini akan menyediakan pendekatan serampang dua mata bagi kesediaan siber dan ketahanan IT kepada organisasi. Dengan menggabungkan keselamatan siber dan keupayaan perlindungan data dalam tawaran tunggal, perniagaan akan mempunyai penyelesaian menyeluruh yang meliputi keseluruhan keperluan infrastruktur.

Penyelesaian bersama ini akan disampaikan melalui Appliance Series Arcserve yang memenangi anugerah, satu-satunya peralatan lengkap siap guna bagi pemulihan bencana dan ketersediaan aplikasi. Arcserve Appliance Series yang dikuasakan oleh Arcserve Unified Data Protection (UDP) menggabungkan storan penduaan disingkirkan dipercepat kilat, pemprosesan pelayan yang kukuh, dan perangkaian berkelajuan tinggi dengan perkakasan lewah lebih yang tinggi dan perkhidmatan awan.

Arcserve Appliance akan menyepadukan Sophos Intercept X Advanced for Server, perlindungan titik akhir yang memenangi anugerah dengan kecerdasan buatan, untuk menyampaikan pendekatan perlindungan mendalam yang menyeluruh untuk memacu ketahanan data, sistem dan aplikasi.

“Penjenayah siber yang semakin kerap menyasarkan sistem sandaran sebagai cara untuk meningkatkan kemungkinan perniagaan yang terjejas membuat bayaran penebusan. Perlindungan khusus terhadap perisian hasad dan eksploitasi terkini memastikan data sandaran terus teguh menangkis ancaman paling terkedepan,” kata Francois Depayras, timbalan presiden jualan dan perikatan OEM Sophos. “Sophos Intercept X for Server penyediakan perisian antitebusan, antieksploitasi dan teknologi pembelajaran mendalam untuk menyediakan perlindungan peringkat tertinggi. Ini menjadikan Arcserve Appliance penyelesaian paling selamat yang tersedia dalam pasaran.”

“Banyak organisasi terpaksa melalui perbincangan ‘cara untuk membayar tebusan’. Kami mendapati ada jurang pasaran yang perlu diisi dan Sophos merupakan padanan sesuai. Kami tahu tentang perlindungan data dan mereka arif tentang keselamatan siber,” kata Oussama El-Hilali, CTO Arcserve. “Memandangkan ancaman menjadi semakin sukar untuk diperangi, perikatan ini mentransformasikan industri yang membawa perlindungan siber ke peringkat seterusnya dan memberi rakan-rakan usaha sama peluang untuk mendidik pelanggan tentang manfaat unik pertahanan serampang dua mata yang bersepadu untuk menentang jenayah siber.”

Penyelesaian bersepadu ini boleh didapati di Arcserve Appliances terbaru pada Oktober 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perikatan global dan penyelesaian baru, sila lawati: www.arcserve.com/sophos.

Ikuti Arcserve

Tentang Arcserve
Arcserve menyediakan penyelesaian unggul untuk melindungi aset digital bernilai bagi organisasi yang memerlukan perlindungan data berskala penuh dan menyeluruh. Arcserve yang ditubuhkan pada 1983 merupakan penyedia penyelesaian kesinambungan perniagaan paling berpengalaman di dunia yang melindungi infrastruktur IT berbilang generasi dengan aplikasi dan sistem di pelbagai lokasi, premis dan dalam awan. Organisasi di lebih 150 negara di seluruh dunia mempercayai teknologi dan kepakaran Arcserve yang sangat cekap dan bersepadu untuk menyingkirkan risiko kehilangan data dan waktu henti yang panjang dan juga mengurangkan kos dan kerumitan sandaran dan pemulihan data sebanyak 50 peratus. Arcserve beribu pejabat di Minneapolis, Minnesota dan mempunyai lokasi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.arcserve.com dan ikuti @Arcserve di Twitter.

Tentang Sophos
Sebagai peneraju dunia dalam keselamatan siber generasi akan datang, Sophos melindungi hampir 400,000 organisasi pelbagai saiz di lebih 150 negara daripada ancaman siber paling maju pada masa kini. Dikuasakan oleh SophosLabs – pasukan perisikan ancaman dan sains data global – penyelesaian dalam awan dan AI dipertingkat Sophos melindungi titik akhir (komputer riba, pelayan dan peranti mudah alih) dan jaringan daripada taktik dan teknik serangan siber yang semakin berubah-ubah, termasuk pelanggaran berautomasi dan aktif musuh, perisian tebusan, perisian hasad, eksploitasi, penyusupan keluar data, pemancingan data dan banyak lagi. Platform berasaskan awan Sophos Central yang memenangi anugerah, menyepadukan seluruh portfolio produk terbaik Sophos dari penyelesaian titik akhir Intercept X sehinggalah XG Firewall kepada satu sistem tunggal yang dipanggil Synchronized Security. Produk Sophos boleh didapati secara eksklusif di saluran global melalui lebih 47,000 rakan usaha sama dan Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP). Sophos juga ada menyediakan teknologi komersial inovatif kepada pengguna melalui Sophos Home. Syarikat ini beribu pejabat di Oxford, Britain dan didagangkan di Bursa Saham London di bawah simbol “SOPH.” Maklumat lanjut boleh didapati di www.sophos.com.

Orang Hubungan Media
Leslie Keil
Arcserve
952.903.5434
leslie.keil@arcserve.com

Sara Eberle
Sophos
781.743.7402
sara.eberle@sophos.com

Jackie Blundell
Red Lorry Yellow Lorry
857.217.2886
arcserve@rlyl.com