Cermin Mata Penjejakan Mata Baharu Membawakan Data Dunia Sebenar kepada Penyelidikan Akademik

BIOPAC menggabungkan penjejakan mata dengan pengelogan data mudah alih dan pengumpulan data fisiologi untuk menjalankan eksperimen di dalam makmal atau di dunia sebenar


GOLETA, Calif., Jan. 02, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc. mengumumkan penyepaduan penjejakan mata baharu untuk penyelidik yang menjalankan eksperimen untuk peserta mudah alih di lokasi yang pelbagai. Cermin mata penjejakan mata ETVision (EYE-ETV)  kini bersepadu dengan sistem wayarles dan perisian BIOPAC, membenarkan penyelidik untuk mengumpul dan menganalisis data penjejakan mata dunia sebenar dari subjek di dalam makmal, di lapangan, di tempat kerja, semasa bersukan atau di mana-mana sahaja penyelidikan dibuat.

Pengelogan data mudah alih membenarkan data fisiologi dikumpulkan dalam persekitaran lapangan yang berbeza termasuklah tempat kerja, kenderaan, arena sukan, dan pusat latihan. Data penjejakan mata kini boleh disegerakkan dengan data fisiologi ini dan penyelidik boleh menyemak video penjejakan mata dengan data fisiologi dalam AcqKnowledge perisian pengumpulan dan analisis data. Penyelidik akan menggunakan data ini untuk membangunkan wawasan dalam ergonomik, pembangunan produk, kebolehgunaan, pengalaman pengguna, dinamik kumpulan, pembangunan prestasi, latihan dan banyak lagi.

“Mobiliti adalah penting semasa menjalankan penyelidikan di lapangan,” kata CEO BIOPAC Frazer Findlay, “Sama ada anda meningkatkan kebolehgunaan atau mengkaji kelesuan operator, mengimbuhkan data fisiologi dengan data penjejakan mata membolehkan penyelidik untuk mengesan isu ergonomik dan kecacatan reka bentuk dengan mudah, agar pengeluar boleh membina produk yang lebih baik dan lebih mudah. Bayangkan juruterbang atau pengendali jentera berat yang mengalami sakit bahu akibat gerakan berulang. Kelesuan yang tidak dapat dielakkan mungkin menyebabkan kecederaan atau kesilapan. Kepentingan untuk mengelakkan isu tersebut tidak boleh dipandang ringan.”

Sistem wayarles dan mudah alih BIOPAC BioNomadix mengumpulkan isyarat fisiologi seperti ECG, EDA, EEG, EMG, Kadar Degupan Jantung dan Respirasi. Pengelog mengelog data fisiologi dari jauh untuk dimuat turun di AcqKnowledge dalam makmal. Data penjejakan data boleh diimport ke dalam perisian AcqKnowledge untuk dianalisis dengan data fisiologi yang disegerakkan. Memahami data ini boleh membawa kepada peningkatan produk yang mempengaruhi prestasi keseluruhan pekerja, atlet, dan pengguna kerana penyelidikan ini mengenal pasti kelesuan, titik tekanan, dan bahaya.

Cermin mata penjejakan mata mengandungi kamera mata mini yang melihat setiap mata, kamera pemandangan yang melihat pemandangan di hadapan peserta, mikrofon, dan pengawal. Cermin mata boleh dipakai di atas cermin mata preskripsi dan adalah mudah alih. Cermin mata disambungkan kepada pengawal yang memancarkan data secara wayarles kepada perisian penjejakan mata pada komputer atau mengumpulkan data sehingga 5 jam melalui kad SD yang boleh mengumpul data secara setempat jika WiFi tidak tersedia.

Metrik penjejakan mata merangkumi Laluan Renungan, Diameter Anak Mata, Kekerapan Kelip, Peta Haba, Bahagian Penting (AOI), Bahagian Penting Bergerak, Penetapan, Jujukan Penetapan, dan Inap. Data fisiologi boleh merangkumi semua isyarat yang direkodkan dengan perisian AcqKnowledge BIOPAC, merangkumi ECG, EDA, EEG, EMG, SCR, SCL, BP, PULSE, RESP—sehingga 16 saluran input bagi setiap Unit Pemerolehan Data MP160.

Maklumat lanjut tentang Cermin Mata Penjejakan Mata BIOPAC boleh ditemui pada laman web BIOPAC.

Perihal BIOPAC Systems

BIOPAC diasaskan pada tahun 1985 dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pilihan utama untuk perkakasan dan perisian sains hayat. Lebih 99% daripada 100 universiti dan syarikat Global Fortune 500 di seluruh dunia bergantung pada BIOPAC untuk kajian sains hayat dan keperluan sistem pengajaran mereka. BIOPAC membuat alat saintifik berkualiti tinggi untuk ukuran dan tafsiran fisiologi. Penyelesaian BIOPAC terdiri daripada penyelesaian pendidikan sehinggalah peranti canggih untuk penggunaan dalam makmal, dunia nyata, dan persekitaran penyelidikan realiti maya. Untuk maklumat lanjut tentang produk BIOPAC lawati www.biopac.com.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/642db590-498e-4a7d-b397-0f954e714e92


            

Contact Data