PALO ALTO, Calif., March 25, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- HP Inc. hari ini mengumumkan ketersediaan global bagi HP Neverstop Laser, tangki toner pertama dunia1.

“Apabila semakin ramai golongan perniagaan bekerja dari rumah, mereka memerlukan teknologi yang mudah digunakan dan pencetakan yang kurang terganggu – HP Neverstop menyampaikan kedua-duanya,” kata Tuan Tran, Presiden, Pencetakan, HP Inc. “Ini bermaksud, pencetakan selama berbulan-bulan9, tanpa perlu mengisi semula toner, pada kos terendah untuk setiap halaman.”

Ciri utama termasuk: 

  • Dapatkan lebih banyak toner dalam kotak yang memberikan sehingga 7X lebih banyak halaman berbanding pencetak laser dalam kelasnya6 
    ° 
    Tiada gangguan penggantian kartrij1 dengan pencetakan sehingga 5,000 halaman disertakan sebelum muat semula toner pertama anda6.
  • Kos terendah untuk Toner HP Asli dalam kelasnya5. Kurang daripada 1 sen untuk setiap halaman5
    ° 
    Dapatkan pencetakan berkualiti, boleh dipercayai dan berketepatan tinggi sekarang dan setiap kali anda muat semula. 
  • Jimat setiap kali anda muat semula7
    ° 
    Kos Kit Muat Semula Toner HP lebih rendah, dengan sehingga 2.5X lebih banyak halaman berbanding kartrij HP dalam kelasnya7. Muat semula paras toner secara pantas dengan sehingga 2,500 halaman7 – tanpa masalah, tanpa tekanan1Tonton sekarang
  • Terhubung dan mudah alih 
    ° Pengimbasan dan pencetakan mudah alih yang mudah, penghantaran faks yang selamat, penempahan Kit Muat Semula yang lancar dan penyusunan dokumen Tugasan Pintar dengan Aplikasi HP Smart, yang membenarkan akses semasa dalam perjalanan hampir di mana-mana sahaja8.
  • Penjimatan tenaga yang diperakui dan Lestari
    ° 
    Pancaran rendah, teknologi kualiti udara bersih HP Neverstop Laser memiliki kedua-dua perakuan Blue Angel dan Energy Star 3.0.
    ° Diperbuat dengan lebih 25 peratus plastik dikitar semula mengikut berat sementara kit muat semula toner diperbuat daripada 75 peratus plastik dikitar semula mengikut berat.
    ° Sehingga 84 peratus jejak karbon alam sekitar yang lebih kecil sepanjang hayatnya2 berbanding pencetak laser standard disebabkan sistem bekalan toner berterusan (CTSS)3 dan kandungan yang dikitar semula4.

Harga dan Ketersediaan
HP Neverstop Laser kini boleh dibeli secara global daripada peruncit terpilih. Harga dan maklumat lanjut boleh didapati di hp.com/neverstop.

Perihal HP Inc.
HP Inc. (NYSE: HPQ) mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan semua orang, di mana-mana sahaja. Melalui portfolio produk dan perkhidmatan bagi penyelesaian sistem peribadi, pencetak dan pencetakan 3D, kami menghasilkan pengalaman yang menakjubkan. Maklumat lanjut tentang HP boleh didapati di www.hp.com.


ORANG HUBUNGAN MEDIA:


Jaclyn Montalvo, HP
Jaclyn.Montalvo@hp.com
http://press.ext.hp.com

©Hak cipta 2020 HP Development Company, L.P. Maklumat yang terkandung dalam ini tertakluk pada perubahan tanpa notis. Satu-satunya waranti untuk produk dan perkhidmatan HP dinyatakan dalam pernyataan waranti ekspres yang disertakan dengan produk dan perkhidmatan tersebut. Tiada perkara dalam ini hendaklah diertikan sebagai dijadikan waranti tambahan. HP tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan teknikal atau editorial atau pengabaian yang terkandung dalam ini.

HP Neverstop: Pencetak laser dengan tangki toner tanpa kartrij pertama dunia menawarkan pengalaman isi semula yang pantas dan bersih: Muat semula dengan sendiri toner secara tetap menggunakan bekalan toner OEM dram pengimejan berbanding majoriti pencetak laser monokrom OEM di seluruh dunia <$250 USD dan MFP yang berharga <$350 USD setakat 15 Nov, 2018. Penyelidikan dalaman HP & Kajian Keypoint Intelligence-Buyers Lab 2019, yang ditugaskan oleh HP. Saham pasaran sebagaimana yang dilaporkan oleh IDC CYQ2 2018 Hardcopy Peripherals Tracker, Siaran 2018Q2. Untuk butiran, layari keypointintelligence.com/HPNeverstop 
HP Neverstop: 84 peratus jejak karbon alam sekitar yang lebih kecil sepanjang hayatnya2 berbanding pencetak laser biasa disebabkan oleh sistem bekalan toner berterusan (CTSS)3 dan kandungan yang dikitar semula4
Jejak alam sekitar persekitaran merangkumi pencetak dan bekalan: pengekstrakan dan pemprosesan bahan mentah, pembuatan dan pengangkutan pencetak serta bekalan elektrik, dram dan penggunaan kit muat semula dan akhir penggunaan. Tidak merangkumi penggunaan kertas.
Penjimatan setara karbon dioksida (CO2e) antara HP Neverstop dengan Teknologi CTSS lwn. Pencetak HP LaserJet Pro M15a dan HP LaserJet Pro MFP M28a adalah berdasarkan hayat purata penggunaan bagi pencetakan 50,000 halaman. Model penilaian kitaran hayat kajian semula setara ditugaskan oleh HP dan dijalankan oleh thinkstep. Keputusan disemak oleh pakar LCA dalaman HP. Analisis disiapkan pada 27 Jun, 2019.
HP Neverstop diperbuat dengan lebih 25 peratus plastik yang dikitar semula mengikut berat plastik.
Kos terendah untuk Toner HP Asli dalam kelasnya. Kurang daripada 1 sen setiap halaman: Berbanding kebanyakan peranti kartrij MFP dalam kelasnya <$330 USD. Kajian penyelidikan Februari 2020 Keypoint Intelligence - Buyers Lab ditugaskan oleh HP, berdasarkan tinjauan penyelidikan bagi spesifikasi, harga dan helaian data yang diterbitkan pengeluar dan penjual semula setakat 02/03/2020. Bahagian pasaran sebagaimana yang dilaporkan oleh IDC Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker - Final Historical 2019Q3. Kos keseluruhan bagi pemilikan berdasarkan MSRP pencetak, bekalan dalam kotak dan bekalan OEM penggantian dengan kapasiti tertinggi untuk mencetak 234 halaman sebulan selama 4 tahun. Jumlah halaman bulanan berdasarkan anggaran HP dalaman. Untuk butiran, sila layari: keypointintelligence.com/HPNeverstopUS.
Dapatkan lebih banyak toner dalam kotak yang memberikan sehingga 7x lebih banyak halaman berbanding laser dalam kelasnya: Hasil sebenar mungkin berbeza-beza berdasarkan kandungan halaman yang dicetak dan faktor lain. Purata berdasarkan bekalan OEM yang disertakan, ISO/IEC 19752 dan pencetakan berterusan. Halaman bercetak tambahan memerlukan muat semula toner. Untuk butiran, layari www.hp.com/go/learnaboutsupplies. Berbanding kebanyakan pencetak laser monokrom dan MFP dalam kelasnya dijual pada $250 hingga $300 & €260 hingga €300 dalam pasaran maju. Penyelidikan dalaman HP berdasarkan tinjauan pengeluar pencetak diterbitkan dalam kotak yang didapatkan setakat 28 September 2019. Bahagian pasaran sebagaimana yang dilaporkan oleh IDC Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker - Final Historical 2019Q2.
Kos Kit Muat Semula Toner HP lebih rendah, dengan sehingga 2.5X lebih banyak halaman berbanding kartrij HP dalam kelasnya: Berdasarkan perbandingan HP dalaman bagi MSRP/[MRSP yang setara untuk rantau EMEA] dan kos setiap halaman bagi HP LaserJet Pro M15 dan HP LaserJet Pro MFP M28 dalam kelasnya dengan isian standard Kartrij Toner LaserJet Asli Hitam HP 44A/48A, setakat Mac 2020. Untuk butiran, layari www.hp.com/go/learnaboutsupplies.
Pencetakan, pengimbasan dan penyalinan hampir di mana-mana sahaja: Memerlukan muat turun aplikasi HP Smart. Untuk maklumat tentang keperluan pencetakan, layari hp.com/go/mobileprinting. Ciri/perisian tertentu hanya tersedia dalam bahasa Inggeris. Akses Internet diperlukan dan harus dibeli secara berasingan. Keupayaan faks adalah untuk menghantar faks sahaja dan mungkin memerlukan pembelian tambahan. Untuk maklumat lanjut, layari hpsmart.com/mobile-fax.
Pencetakan selama Berbulan-bulan tanpa Muat Semula: Berdasarkan penyelidikan dalaman HP bahawa 90% AMPV (Jumlah Percetakan Bulanan Purata) pelanggan AS berada di bawah 486 halaman setiap bulan, iaitu sama dengan lebih kurang 10.2 bulan untuk 5000 halaman.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0d7ff7f4-45e3-431c-9708-bf60515454ec

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ce8cefac-8208-47a5-aa6a-441c7c5ba99d

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e927bd83-3e38-4d2b-ad57-a4af8d9d86b7