TC Logo 2013 colour.png
Source: Toronto Centre

Mengumumkan Pusat Kecemerlangan dalam Kesiapsiagaan Krisis

Pusat Kecemerlangan dalam Kesiapsiagaan Krisis Toronto Centre mengukuhkan respons pengurusan krisis penyelia dan pengawal atur

TORONTO, March 27, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Semenjak krisis kewangan 2008, Toronto Centre telah melatih lebih 3,600 penyelia dan pengawal atur kewangan dalam kesiapsiagaan krisis dalam lebih 120 program simulasi kesiapsiagaan krisis seluruh dunia, dengan tumpuan kepada negara membangun dan pasaran memuncul. Pada 2019, Toronto Centre menyampaikan latihan simulasi krisis masa nyata maya berbilang bidang kuasa yang pertama di rantau itu. Pusat Kecemerlangan dalam Kesiapsiagaan Krisis (CECP) Toronto Centre menyediakan latihan pengurusan krisis yang disesuaikan berasaskan simulasi untuk penyelia dan pengawal atur.

Dalam berdepan dengan ketidaktentuan semasa, alumni Toronto Centre lebih bersedia untuk menghadapi krisis global yang tidak dijangka akibat COVID-19.

Pusat Kecemerlangan dalam Kesiapsiagaan Krisis melancarkan rangkaian pakar industri global organisasi dalam menyampaikan pemprograman dan penerbitan kualiti tinggi. CECP menyediakan latihan berorientasikan tindakan untuk kesiapsiagaan penyelia dan pengawal atur yang semakin meningkat dalam bertindak kepada kejadian kecemasan. Generasi simulasi masa nyata baharu akan membantu dalam mempersiapkan peserta untuk mengurus implikasi serangan siber, pandemik dan kejadian perubahan iklim bagi sektor kewangan, daripada senario penjangkitan nasional sehinggalah global. Peserta masa depan akan dilengkapi dengan alat respons krisis utama untuk menilai dan memberikan respons kepada peristiwa krisis secara berkesan. Tumpuan kepada kemahiran kepimpinan seperti perancangan kesinambungan perniagaan, komunikasi, koordinasi dan pengurusan isu dalam kalangan peserta jaringan keselamatan kewangan memastikan alumni kami bersedia untuk memimpin dalam krisis.

“Penyelia dan pengawal atur kewangan harus bersiap sedia dengan cara menghadapi krisis sebelum krisis berlaku, walaupun mustahil untuk meramalkan sumber masalah itu. Situasi pandemik COVID-19 yang semakin berubah-ubah merupakan satu contoh.”

– Dr. Stefan Ingves, Pengerusi, Lembaga Pengarah Toronto Centre; Gabenor, Bank Pusat Sweden

“Saya diberikan penghormatan untuk menyertai sebagai pemain peranan dalam salah satu program simulasi krisis Toronto Centre. Sebagai bekas ahli yang dilantik dalam kerajaan Kanada, saya tahu latihan ini tidak ternilai kepada semua yang mempunyai mandat kestabilan kewangan. Dengan ketidaktentuan global hari ini yang disebabkan oleh COVID-19, peranan Toronto Centre menjadi semakin penting.”

– Barry Campbell, Ahli Lembaga Pengarah Toronto Centre; Bekas Setiausaha Parlimen kepada Menteri Kewangan (Kanada)

“Penubuhan Pusat Kecemerlangan untuk Kesiapsiagaan Krisis merupakan evolusi semula jadi untuk kita. Toronto Centre merupakan peneraju global dalam latihan kesiapsiagaan krisis untuk penyelia dan pengawal atur kewangan. Impak COVID-19 terhadap ekonomi global dan sistem kewangan menguatkan lagi keperluan untuk Pusat Kecemerlangan kami.”

– Babak Abbaszadeh, CEO dan Presiden, Toronto Centre

KETAHUI LEBIH LANJUT

www.torontocentre.org

Ditubuhkan pada 1998, Toronto Centre untuk Kepimpinan Global dalam Penyeliaan Kewangan (Toronto Centre) merupakan organisasi tanpa untung yang mempromosikan kestabilan kewangan dan akses kepada perkhidmatan kewangan di peringkat global. Misi kami adalah untuk menyediakan program pembangunan kapasiti berkualiti tinggi untuk penyelia dan pengawal atur kewangan, terutamanya dalam pasaran memuncul dan negara membangun. Kami yakin bahawa untuk negara berkembang maju, sistem kewangan mereka haruslah stabil dan inklusif. Misi kami menyokong pembangunan mampan dan pewujudan pekerjaan dan membantu untuk mengurangkan kemiskinan dengan membantu asas ekonomi ini. Oleh itu, pembangunan ekonomi mampan yang stabil merupakan pendaya penting bagi pelaburan infrastruktur, mengukuhkan perdagangan antarabangsa dan mengurangkan kemiskinan sebagaimana yang disahkan oleh Matlamat Pembangunan Lestari PBB 2030 dan Agenda Tindakan Addis Ababa, Pembiayaan untuk Pembangunan. Misi kami sejajar dengan Dasar Bantuan Antarabangsa Feminis Kanada. Sejak awal penubuhan, kami telah melatih lebih 12,000 penyelia dan pengawal atur daripada lebih 190 bidang kuasa. Toronto Centre disokong oleh Hal Ehwal Global Kanada, Tabung Kewangan Antarabangsa, Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa Sweden (Sida), Comic Relief, Bantuan Luar Negara Jersey dan rakan antarabangsa berharga yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Diana Bird
Penyelaras Komunikasi dan Projek Khas
416-943-9300 x 226
dbird@torontocentre.org