MALMO, Sweden, June 30, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Laporan terkini daripada IVL Swedish Environmental Research Institute mengesahkan bahawa lantai kayu keras kemasan semula dan lasak adalah lebih mampan untuk persekitaran berbanding menggantikan permukaan lantai. Tersedia hari ini, laporan yang telah dijalankan dengan input daripada Bona ini, menyatakan pengurangan jejak karbon sebanyak 78 peratus apabila lantai kayu dikemas semula dan bukannya digantikan. Pengemasan semula permukaan lantai lasak boleh menawarkan sehingga 92 peratus pengurangan dalam jejak karbon berbanding dengan penggantian. Selain itu, laporan mendapati bahawa dengan mengemas semula lantai kayu keras atau lasak, sekurang-kurangnya 90 peratus penjimatan dalam sumber dapat direalisasikan, penjimatan tersebut merangkumi pengangkutan, penggunaan bekalan elektrik, barang guna habis pakai dan bahan.

Setiap tahun, 25 juta meter persegi lantai kayu keras dan lasak digantikan di dalam bangunan awam dan komersial Sweden. Kajian IVL, “Meningkatkan keberkesanan sumber dalam industri lantai Sweden melalui pengemasan semula lantai,” mendapati mengemas semula permukaan lantai boleh menawarkan pengurangan yang ketara dalam jejak karbon, menjimatkan sumber dan menyumbang kepada ekonomi kitaran yang relatif dengan bahan binaan.

“Norma hari ini adalah baharu dan segar. Jualan bahan lantai baharu disokong oleh model perniagaan linear yang kita ada dalam industri pembinaan hari ini dan pengemasan semula sering dianggap sebagai lebih sukar” kata Maria Ahlm, pengarang laporan IVL Swedish Environmental Institute. “Namun, analisis dan peta jalan akhir kami menyokong bahawa selain mengurangkan jejak karbon, pengemasan semula lantai merupakan alternatif yang berdaya maju untuk meningkatkan kecekapan sumber dalam industri lantai Sweden.”

“Kajian penyelidikan ini menawarkan pandangan yang holistik dan merupakan bukti ketara bahawa pengemasan semula permukaan lantai lasak atau kayu adalah lebih mampan berbanding penggantian dan pada masa yang sama meningkatkan penampilan lantai,” kata Björn Johansson, pengurusan persekitaran global, Bona. “Selama lebih 100 tahun Bona telah membangunkan produk dan sistem yang menawarkan penyelesaian pengubahsuaian lantai yang lebih mampan. Penerimaan sokongan laporan ini telah mengesahkan manfaat yang ditegaskan Sistem Bona.”

Perihal Kajian ini

Kajian ini menganalisis kemungkinan menambah baik jejak karbon keseluruhan melalui pengemasan semula dan bukannya penggantian permukaan lantai. Dijalankan selama lebih 12 bulan dan memfokus kepada pasaran lantai Sweden dan industri pembinaan kebangsaan di Sweden, bahagian pertama laporan ini akan menilai kesan alam sekitar daripada pengemasan semula lantai kayu keras dan lasak menjalankan penilaian kitaran hayat. Hasil kajian ini telah dibandingkan dengan impak pengeluaran dan pemasangan lantai baru dari segi perubahan iklim dan penggunaan sumber. Selain itu, hasil kajian ini digunakan sebagai bukti konsep yang pengemasan semula lantai boleh mengurangkan impak perubahan iklim dan meminumkan penggunaan sumber dibandingkan dengan pengeluaran dan pemasangan lantai baharu.

Pada bahagian kedua kajian, peta jalan telah dibangunkan sebagai pelan strategik untuk mentakrifkan hasil yang diinginkan dan menggariskan tindakan penting untuk mengatasi halangan yang memisahkan keadaan semasa daripada hasil pilihan. Peta jalan ini dibangunkan bersama-sama dengan pemegang kepentingan daripada industri lantai termasuk pembekal bahan, pemilik hartanah, arkitek dan kontraktor.

Laporan ini kini tersedia dalam laman web IVL Swedish Environmental Research Institute.

Perihal Bona

Bona ialah syarikat yang dimiliki oleh keluarga dan dipacu secara mampan yang membekalkan produk untuk pemasangan, pengubahsuaian, pengekalan dan pemulihan lantai premium. Diasaskan pada tahun 1919, Bona ialah syarikat pertama dalam industri untuk menawarkan kemasan lantai kayu keras bawaan air bersistem penuh dan produk jagaan lantai. Hari ini, Bona menawarkan produk untuk permukaan lantai paling premium termasuk kayu, jubin, vinil, lasak getah dan laminat. Perolehan Bona ialah 2.8bn SEK (EUR 257 juta) pada tahun 2019. Ibu pejabat adalah di Malmö, Sweden, dan syarikat ini diwakili secara global oleh 17 subsidiarinya, 70 pengedar, 600 pekerja dan 5 kilang. Untuk maklumat lanjut www.bona.com.

Maklumat Hubungan:
Heather Lindemann
Bona | +001 (800) 872-5515
heather.lindemann@bona.com

Sara Thorngren
Aspekta AB untuk Bona | +46 (0)791065611
sara.thorngren@aspekta.se

Phyllis Sam
Bona Far East & Pacific | +65 9742 8452
info.apac@bona.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/36b95586-9fda-49fa-a4c1-f574389fcfa1/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/01d80ac0-f7cb-418b-80ff-29b55c0b75d2/ms