Black Hat Asia Mengumumkan Butiran Program untuk Acara Maya 2020

Daftar sebelum 2hb September untuk menjimatkan $250 pada pas Briefing


SAN FRANCISCO, July 09, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, peneraju utama dalam penganjuran acara keselamatan maklumat, mengumumkan butiran untuk acara maya Black Hat Asia akan datang, yang akan berlangsung dari 29 September - 2 Oktober. Black Hat Asia maya akan menawarkan barisan kandungan yang teguh termasuk hampir 15 Trainings, hampir 40 Briefings, pembentangan ucapan dasar dan locknote, program komuniti dan tajaan, Business Hall maya, Program Arsenal, Persidangan CISO, dan peluang perangkaian.

Briefings
Briefings akan berlangsung pada 1hb dan 2hb Oktober akan menampilkan barisan ceramah yang disampaikan oleh penyelidik dan pakar yang paling berpengaruh pada hari ini. Pas Briefings merangkumi akses dalam talian kepada semua Briefings, program dan sumber komuniti, Business Hall maya dan sesi tajaan. Selain itu, hadirin akan mempunyai akses kepada peluang Soal & Jawab dengan penyelidik dan akses atas permintaan kepada semua Briefings selepas acara. Ceramah tahun ini akan merangkumi semua perkara daripada kerentanan mudah alih kepada penggodaman pengawal industri, kerentanan Wi-Fi dan banyak lagi. Beberapa sorotan termasuk:

Trainings
Dari 29hb September – 2hb Oktober, Black Hat Asia akan menawarkan kira-kira 15 kursus Training yang amat berteknikal oleh pelatih dan profesional terbaik industri keselamatan. Kursus akan meliputi topik dari keselamatan ofensif sehinggalah analisis perisian hasad, ujian penembusan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang barisan program, lawati: blackhat.com/asia-20/training/schedule/index.html

Business Hall
Business Hall maya akan berlangsung pada 1hb dan 2hb Oktober dan akan mempamerkan teknologi terkini daripada pembekal penyelesaian keselamatan maklumat terkemuka. Pas Business Hall adalah percuma untuk dihadiri dan akan merangkumi akses kepada semua alat demonstrasi dalam Black Hat Arsenal, sesi tajaan, sumber berkaitan kerjaya dalam Career Zone, peluang perangkaian maya dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara dan untuk mendaftar, lawati: https://www.blackhat.com/asia-20/

Perihal Black Hat
Untuk lebih daripada 20 tahun, Black Hat telah menyediakan peserta dengan maklumat yang paling terkini dalam penyelidikan, pembangunan, dan trend keselamatan maklumat. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini dipacu oleh keperluan untuk komuniti keselamatan, usaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat menginspirasikan profesional di semua tahap kerjaya, menggalakkan pertumbuhan dan kerjasama antara persekitaran akademik, penyelidik kelas dunia, dan pemimpin dalam sektor awam dan persendirian. Briefings dan Trainings Black Hat dianjurkan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dibawakan kepada anda oleh Informa Tech.

Perihal Informa Tech
Informa Tech merupakan penyedia peneraju pasaran bagi penyelidik, media, latihan dan acara bersepadu kepada komuniti Teknologi global. Kami merupakan perniagaan antarabangsa bagi lebih daripada 600 rakan sekerja, beroperasi di lebih daripada 20 pasaran. Matlamat kami adalah untuk menginspirasikan komuniti Teknologi untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan dunia digital yang lebih baik melalui jenama penyelidikan, media, latihan dan acara yang memaklumkan, mendidik dan menghubungkan. Lebih 7,000 profesional melanggan penyelidikan kami, dengan 225,000 perwakilan yang menghadiri acara kami dan lebih 18,000 pelajar yang menyertai program latihan kami setiap tahun dan lebih 4 juta orang yang melawat komuniti digital kami setiap bulan. Ketahui lebih lanjut tentang Informa Tech.

Orang Hubungan Media:
Heather Donner
Black Hat PR
BlackHatPR@informa.com