1 Juta+ Peserta Sedunia Dijangka Menyertai Perhimpunan Harapan Ketiga Dalam Talian


Sabtu, 21 November 2020 (7:30 ptg. EST/4:30 ptg. PST)

Pemimpin dan warga sedunia berhimpun untuk keamanan berdasarkan ideal
kesalingbergantungan, kemakmuran bersama dan nilai sejagat

Persembahan Khas untuk menghormati veteran Perang Korea dan
memperingati ulang tahun ke-70 Perang Korea

WASHINGTON, Nov. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Persekutuan Keamanan Sejagat (UPF) mengumumkan bahawa Perhimpunan Harapan global yang ketiga akan diadakan pada hujung minggu ini, dengan menampilkan para pemimpin dunia yang melihat peluang baharu dalam membina keamanan dalam semua sektor masyarakat.

Perhimpunan dalam talian ini akan diadakan secara serentak di seluruh dunia, pada hari Sabtu 21 November 2020, jam 7:30 mlm (Waktu Standard Timur) dan pada jam 4:30 ptg. (Waktu Standard Pasifik) di Amerika Syarikat. Program ini akan diterbitkan dan disiarkan dari Seoul, Korea pada hari Ahad 22 November 2020 pada jam 9:30 pg. (Waktu Standard Korea).

Dr. Hak Ja Han Moon, Pengasas bersama Persekutuan Keamanan Sejagat akan menjadi penceramah ucaptama. Penceramah lain termasuk T.Y.T. Sahle-Work Zewde, Presiden Ethiopia; T.Y.T. Uhuru Kenyatta, Presiden Kenya; T.Y.T. Salva Kiir Mayardit, Presiden Sudan Selatan; T.Y.T. Mahinda Rajapaksa, Perdana Menteri Sri Lanka; Y.B. German Alcides Blanco Alvarez, Speaker Parlimen Colombia; T.Y.T. Yves Leterme, Perdana Menteri Belgium (2009-2011); Y.T. Stephen Harper, Perdana Menteri Kanada (2006 – 2015): Y.B. Christopher Hill, (Duta A.S. ke Republik Korea (2004-2005) dan Y.B. Charles Rangel, Dewan Rakyat A.S. (1971-2017) dan Veteran Perang Korea.

Perhimpunan Harapan ketiga ini memperingati ulang tahun ke-70 Perang Korea, yang bermula pada tahun 1950 dengan pencerobohan Korea Utara di Korea Selatan dan berakhir dengan perjanjian gencatan senjata pada tahun 1953 selepas 3 juta orang dianggarkan terkorban. Yang tragisnya, banyak keluarga Korea yang tetap terpisah oleh Zon Bebas Tentera di garisan selari ke-38 yang masih membahagikan Korea Utara dan Selatan.

Balet Rakyat Pari-pari Kecil Korea yang terkemuka akan membuat persembahan penghormatan yang istimewa di Perhimpunan Harapan untuk memperingati para veteran dari 16 buah negara yang menghantar tentera dan sokongan kepada Republik Korea Selatan, sebagai sebahagian daripada pasukan keamanan Bangsa-bangsa Bersatu.

Perhimpunan Harapan akan disiarkan daripada Pusat Dunia Keamanan Cheongshim di Korea Selatan. Pautan khusus untuk siaran media akan tersedia di https://www.peacelink.live/bc mulai hari Jumaat, 20 November 2020.

Acara Perhimpunan Harapan ini bertujuan untuk membina “kesatuan dunia bagi keamanan berpanjangan di sekitar idea teras kesalingbergantungan, kemakmuran bersama dan nilai sejagat,” ujar Pengerusi UPF, Dr. Thomas G. Walsh.

Perhimpunan Harapan pertama yang diadakan pada bulan Ogos “berjaya menarik beberapa juta penonton dalam talian dari seluruh dunia dengan tumpuan pada pandemik COVID-19, kemerosotan alam sekitar, kemiskinan dan perhubungan kaum,” ulas Dr. Walsh.

Perhimpunan Harapan kedua yang diadakan pada bulan September dan juga Perhimpunan Harapan ketiga pada hujung minggu ini, membayangkan dunia yang aman dan bersatu yang menerima nilai kebebasan, keamanan, kesatuan dan kegembiraan.

Para penceramah perhimpunan sebelum ini, “dalam cara dan kata-kata mereka yang tersendiri, semuanya menyatakan harapan agar manusia, sebagai sebuah keluarga di bawah Tuhan, sangat berpotensi untuk menyelesaikan semua isu ini dengan bekerjasama” ujar Dr. Walsh.

Tambahnya lagi, “Perhimpunan Harapan ini merupakan sebahagian daripada usaha global UPF untuk mengatasi halangan yang memisahkan kita dan membina keamanan di Semenanjung Korea.”

UPF yang ditubuhkan oleh Rev. Sun Myung Moon dan Dr. Hak Ja Han Moon pada tahun 2005 ini, sedang membina gabungan pihak berkepentingan dan pendamai di seluruh dunia di sekitar prinsip teras kesalingbergantungan (saling menghormati, kerjasama dan kesedaran kemanusiaan yang lazim), kemakmuran bersama (pengurangan kemiskinan melampau dan pengagihan kekayaan yang lebih saksama) dan nilai sejagat (nilai kongsian bersama dengan kesedaran bahawa ciri yang menyatukan kita lebih kuat berbanding dengan ciri yang memisahkan kita).

Laluan ke arah dunia sebegitu dibentuk di sekitar pergerakan keamanan di seluruh dunia yang termasuk ketua negara dan wanita pertama, ahli parlimen, ketua agama, ahli profesional media, sarjana dan pakar perniagaan serta kewangan dalam sektor ekonomi.

Siri Perhimpunan Harapan ini menampilkan para pemimpin daripada enam persatuan UPF: Majlis Sidang Kemuncak Antarabangsa untuk Keamanan (ISCP), Persatuan Ahli Parlimen Antarabangsa untuk Keamanan (IAPP), Persatuan Antara Agama untuk Keamanan dan Pembangunan (IAPD), Persatuan Media Antarabangsa untuk Keamanan (IMAP), Persatuan Antarabangsa untuk Keamanan dan Pembangunan Ekonomi (IAED) dan Persatuan Antarabangsa Ahli Akademi untuk Keamanan (IAAP).

Perhimpunan Harapan yang keempat dirancang untuk diadakan pada bulan Disember.

Universal Peace www.upf.org

Larry Moffitt
Persekutuan Keamanan Sejagat
(202) 669-0387
lmoffitt@us.upf.org

Laura Ortiz
Washington Times
Global Media Group
lauraortiz@twtglobalmediagroup.com