JW Player Memperoleh VUALTO untuk Mengukuhkan Platform Video Komprehensif bagi Kejayaan dalam Ekonomi Video Digital

Penggabungan ini menggabungkan tawaran video pelengkap untuk memperkasa penyiar yang terkenal dan yang memuncul dengan kebebasan dan kawalan, dengan video digital yang kini menjadi keperluan untuk semua organisasi.


NEW YORK dan PLYMOUTH, United Kingdom dan AMSTERDAM, Belanda, May 08, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- JW Player, platform perisian video dan cerapan data yang terkenal, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperoleh VUALTO, pembekal terkemuka bagi penstriman video langsung dan atas permintaan dan penyelesaian Pengurusan Hak Digital (DRM). Pemerolehan ini mengukuhkan tawaran JW Player yang sememangnya sudah teguh kepada penyiar global dan mempercepat visinya untuk memperkasa pelanggan dengan kebebasan dan kawalan dalam Ekonomi Video Digital hari ini dengan menawarkan teknologi video yang mudah digunakan dan boleh diskalakan.

Pemerolehan ini dibuat tatkala penggunaan video digital terus bertapak ke dalam aliran perdana. Kini video terdiri daripada lebih 80% daripada semua trafik di Internet dan mengikut data JW Player, orang ramai menonton lebih daripada dua jam video digital setiap hari, peningkatan sebanyak 40% sejak permulaan tahun 2020. Hasilnya, strategi video digital telah menjadi ‘keperluan’ bukan hanya untuk penyiar dan syarikat media, tetapi juga untuk semua jenis organisasi, antaranya termasuk untuk pelanggan JW Player dalam kecergasan (aplikasi Centr), e-dagang (Tag Heuer), sukan (Miami Heat) dan e-pembelajaran (GoNoodle). Peserta baharu ini menawarkan pelbagai jenis keperluan dan memerlukan platform video boleh skala dan fleksibel yang membolehkan mereka berhubung dan berinteraksi dengan penonton mereka pada skrin pilihan mereka. Dengan dinamik ini, pasaran tersedia akan berkembang daripada $14B hari ini hingga $50B menjelang 2027, iaitu CAGR sebanyak 20%.

“Sejak dua tahun yang lalu, video digital telah tersebar luas. Kini kita hidup dalam Ekonomi Video Digital, dan sebagai syarikat platform yang memperkasa pelanggan kami dengan kebebasan dan kawalan, JW Player berada pada kedudukan yang unik untuk berjaya dalam persekitaran ini,” kata Dave Otten, CEO dan pengasas bersama dengan JW Player. “Bekerjasama dengan VUALTO akan mengukuhkan lagi kedudukan kita. Tindanan teknologi bertaraf dunia mereka mengembangkan platform kami untuk merangkumi penstriman langsung tahap penyiaran dan perkhidmatan perlindungan kandungan, yang penting untuk pelanggan hari ini. Kami amat teruja tentang kerjasama ini dan tidak sabar untuk memajukan inovasi bersama-sama pasukan VUALTO yang berbakat.”

Platform JW Player menggabungkan penghantaran video boleh skala yang tinggi dengan cerapan data daripada 2.7 bilion peranti bulanan yang unik untuk membantu pelanggan mencapai matlamat perniagaan mereka dengan video. VUALTO melengkapi tawaran JW Player dengan penstriman langsung dan perkhidmatan DRM atasan yang menerajui pasaran untuk penyiar. Hasil gabungan ini ialah platform tunggal untuk penyampaian video langsung dan atas permintaan berkualiti tinggi merentasi platform mudah alih, web dan OTT; penyampaian kandungan yang selamat; dan ciri cerapan, kecerdasan dan pengewangan yang unik untuk pelanggan meningkatkan hasil mereka.

Camilla Young, CEO dan pengasas bersama, VUALTO, berkata, “Ini merupakan peluang pertumbuhan yang besar untuk kami sebagai perniagaan dan juga untuk pasukan kami. Kejayaan dalam kerjasama kami dengan JW Player sepanjang tahun lalu telah memberikan pasukan kami peluang untuk berjaya dalam menjadi pasaran pilihan dalam dunia sebenar. Melalui ini, padanan budaya semula jadi antara pasukan kita telah pun terbentuk, yang memberi kami keyakinan yang luar biasa bahawa bersama-sama kita akan lebih berjaya. Dengan perjalanan baharu ini, komitmen kami kepada pelanggan penyiaran sedia ada dan perkhidmatan DRM kami akan diteruskan, dan kami akan terus menyediakan tahap sokongan dan perkhidmatan yang tinggi seperti yang pelanggan jangkakan daripada VUALTO.”

VUALTO akan mengembangkan pangkalan pelanggan JW Player dengan pelanggan terkenal dalam pasaran Eropah dan tempat lain, termasuk ITV, saluran TV komersial paling popular di UK, penyiar awam kebangsaan Perancis iaitu France TV, dan Parlimen Eropah. Penyiar ini menyertai lebih daripada 12,000 syarikat media yang telah menggunakan platform JW Player, termasuk penyiar seperti FOX, BBC, CNBC, EuroSport dan VICE.

Perihal JW Player
JW Player ialah platform terkemuka bagi perisian video dan cerapan data yang memberikan kebebasan dan kawalan pelanggan dalam Ekonomi Video Digital hari ini. Dimulakan pada tahun 2008 sebagai pemain video sumber terbuka yang sangat popular, platform teknologi JW Player kini menyokong video digital untuk ratusan ribu perniagaan, termasuk separuh daripada 50 laman teratas di AS oleh comScore, yang memimpin penyiar merentasi EMEA, APAC dan Amerika Latin. Setiap bulan 1 bilion penonton atau satu pertiga daripada semua orang dalam Internet, menonton video pada teknologi JW Player merentasi 2.7 bilion peranti, mencipta graf data kontekstual hebat dan tiada tandingan yang membantu pelanggan mengembangkan penonton dan menjana video tambahan daripada video digital. Syarikat ini beribu pejabat di New York, dengan pejabat di London dan Eindhoven, lawati http://www.jwplayer.com.

Perihal VUALTO
VUALTO ialah pakar dalam Penyampaian & Pengorkestraan Video OTT berdasarkan awan, membangunkan penyelesaian penstriman pada skala global. Dengan tiga produk, alat pengorkestraan video VUALTO CONTROL HUB (VCH), alat pengetipan & pensindiketan video CLIP2VU secara langsung dan VOD, dan Pengurusan Hak Digital VUDRM, VUALTO menyampaikan penyelesaian penyampaian video yang serba boleh, boleh skala dan pintar, membawa kandungan anda dari kamera, terus ke pengguna pilihan anda, pada berbilang peranti. Berfungsi secara global, VUALTO membangunkan penyelesaian video untuk pelbagai industri yang merangkumi: Penyiar, Sukan, Kerajaan, Media & Hiburan, Penyedia Perkhidmatan OTT dan Telekom & Operator. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.VUALTO.com. E-mel: videosuccess@VUALTO.com

Orang Hubungan Media JW Player:
Fatimah Nouilati
Scratch Marketing + Media untuk JW Player
fatimah@scratchmm.com

Orang Hubungan Media VUALTO:
Amber Chawner
Whiteoaks International - PR untuk VUALTO
amberc@whiteoaks.co.uk