Zoom Melancarkan Perkakasan Zoom Phone, Memperkasakan Tenaga Kerja Hibrid

Perkakasan Zoom Phone Menyediakan Penyelesaian Telefon Meja Semua Dalam Satu untuk Panggilan dan Mesyuarat, dengan Penyelesaian Perkakasan daripada Poly dan Yealink


SAN JOSE, Calif., June 10, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan pelancaran Perkakasan Zoom Phone, kategori perkakasan baharu yang dioptimumkan untuk tenaga kerja hibrid, dari pejabat rumah hingga ruang borak dikongsi, menangani kes penggunaan merentasi industri. Perkakasan Zoom Phone menggabungkan teknologi Zoom dengan perkakasan daripada Poly dan Yealink untuk menyediakan keupayaan video dan audio serta paparan sentuh, dalam penyelesaian telefon meja semua dalam satu untuk mesyuarat video HD, panggilan telefon dan papan putih interaktif.

“Zoom terus menunjukkan kelajuan inovasi yang pantas dan keupayaan untuk menskala secara global dengan penawaran telefon awan yang kukuhnya, Zoom Phone,” kata Elka Popova, Naib Presiden Penyelidikan Kerja Tersambung di Frost & Sullivan. “Zoom Phone telah sentiasa menjadi alternatif distruptif kepada penyelesaian telefon legasi dan program perkakas baharu ini meningkatkan lagi saranan nilainya dengan membolehkan perniagaan untuk mendayakan video untuk ruang kerja menggunakan perkakasan dibina khusus yang mudah diperoleh, dikerah, dan diurus.”

“Tempat kerja tradisional sedang berkembang dan berubah mengikut keadaan, serta matlamat kami adalah untuk memperkasakan tenaga kerja untuk menyempurnakan lebih banyak dengan mengaburkan batasan antara suara dan video,” kata Graeme Geddes, Ketua Zoom Phone dan Zoom Rooms di Zoom. “Program Perkakasan Zoom Phone yang baharu ini mengetengahkan pemilihan perkakasan Zoom Phone yang dibina khusus daripada Poly dan Yealink, memperkemas komunikasi, menyingkirkan geseran dan memberikan pengalaman komunikasi yang kuat.”

Perkakasan Zoom Phone memudahkan pelesenan, pemasangan, penggunaan dan pengurusan yang memanfaatkan kedua-dua pengguna akhir dan jabatan IT. Sorotan tambahan bagi Perkakasan Zoom Phone termasuk:

  • Telefon meja yang berciri penuh dengan keupayaan Zoom yang berkuasa. Perkakasan Zoom Phone sentiasa dihidupkan dan sentiasa bersedia untuk komunikasi segera dan kerjasama. Mulakan mesyuarat ad-hoc atau dijadualkan dengan mudah, buat dan terima panggilan telefon, semak mel suara dan bekerjasama secara maya dengan perkongsian dan catatan kandungan
  • Pengurusan berpusat melalui Portal Pentadbir Zoom: Pengurusan yang ringkas, boleh diskalakan dan berpusat dengan peruntukan dan kemas kini dari jauh
  • Tiada pelesenan tambahan diperlukan: Log masuk ke Perkakasan Zoom Phone dengan akaun Zoom anda dan wujudkan pengalaman pejabat yang segera
  • Diperibadikan untuk pengguna: Menyegerak dengan kalendar, status, tetapan mesyuarat dan telefon pengguna untuk pengalaman komunikasi disatukan mengutamakan video yang bersepadu
  • Penyertaan ringkas dengan peruntukan sifar sentuhan: Meminimumkan keperluan untuk sokongan IT dengan persediaan dan pengalaman pengguna yang diringkaskan
  • Paparan sentuhan dengan papan putih interaktif: Bekerjasama dengan rakan sekerja menggunakan papan putih interaktif yang boleh dieksport dan dikongsi dengan mudah
  • Zoom Certified: Perkakasan Zoom Phone memperkenalkan kategori perkakasan diperakui yang baharu, memastikan peranti ini dibina khusus untuk pengalaman Zoom Phone dan mesyuarat yang optimum. Lebih banyak peranti akan ditambahkan kepada kategori ini mengikut masa

Kelas Perkakasan Zoom Phone yang pertama menampilkan penyelesaian inovatif daripada dua rakan perkakasan iaitu Poly dan Yealink, dengan lebih banyak akan menyusul.

Telefon Meja CCX 600 dan Telefon Meja dengan kamera video bersepadu CCX 700 Poly

“Kami berasa teruja untuk menjadi antara yang pertama untuk menyepadukan pengalaman Zoom natif dalam keluarga CCX Poly kami, sebagai Perkakasan Zoom Phone,” kata John Lamarque, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Kerjasama Suara, Poly. “Ini mengetengahkan platform Zoom yang kita semua sedia kenali di tengah-tengah pada paparan sentuhan peranti, menyediakan pengalaman yang berkuasa dan mengasyikkan.”

Telefon Video Pintar VP59 Yealink

“Kami berbesar hati untuk melancarkan telefon video VP59 yang baru, boleh dipercayai dan canggih sebuah Perkakasan Zoom Phone,” kata Alvin Liao, Naib Presiden Produk, di Yealink. “Paparan sentuhan telefon video VP59 akan dikuasakan oleh platform komunikasi video peneraju industri Zoom, yang menyediakan antara muka mesra pengguna dan pengalaman intuitif kepada pelanggan.”

Perkakasan Zoom Phone tersedia melalui program Perkakasan sebagai Perkhidmatan Zoom berserta penjual semula Poly dan Yealink yang dibenarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkakasan Zoom Phone, lawati laman web Perkakasan Zoom Phone dan baca blog kami.

Perihal Zoom
Zoom adalah untuk anda. Kami membantu anda mengekspresikan idea, berhubung dengan orang lain, dan membina ke arah masa hadapan yang hanya dihadkan oleh imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya, dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami adalah pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan selamat untuk individu, perniagaan kecil, dan perusahaan besar yang seumpamanya. Diasaskan pada tahun 2011, Zoom didagangkan secara umum (NASDAQ:ZM) dan beribu pejabat di San Jose, California. Lawati zoom.com dan ikuti @zoom.

Perhubungan Awam Zoom
Farshad Hashmatulla
Pengurus PR Produk
press@zoom.us 


Recommended Reading