Beyond Limits Mengumumkan Pemerolehan Oak Consulting

Penyedia penyelesaian data awan mempercepatkan kecerdasan perniagaan Beyond Limits dan pertumbuhan kepakaran teknikal di rantau Asia-Pasifik


SINGAPURA, Feb. 12, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Beyond Limits, sebuah syarikat perisian AI gred industri dan perusahaan yang dibina untuk sektor yang paling mencabar, hari ini mengumumkan pemerolehan rakan kongsi penyelesaian dan perunding awan yang berpangkalan di Singapura, Oak Consulting.

"Rekod prestasi dan kepakaran Oak Consulting yang luas dalam risikan perniagaan dan perkhidmatan pengurusan data perusahaan menjadikan syarikat itu padanan strategik semula jadi untuk Beyond Limits," kata David Liu, Pengerusi Eksekutif Beyond Limits Asia-Pasifik. “Selain itu, syarikat tersebut berkongsi misi strategik kami untuk mencipta penyelesaian yang meningkatkan bakat dan keupayaan orang ramai dengan teknologi terkini, dan kami sangat teruja untuk mengalu-alukan mereka ke pasukan Beyond Limits.”

Oak Consulting menyediakan penyelesaian kitaran hayat penuh kelas perusahaan daripada strategi hingga ke peringkat pelaksanaan untuk industri kritikal yang antara lainnya termasuk sektor awam, eDagang, penjagaan kesihatan, kewangan dan rantaian bekalan. Firma itu membawakan pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dan berdekad lamanya dalam membimbing pelanggan melalui analisis operasi yang disokong oleh perlombongan data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, serta penggunaan platform teknologi pengurusan awan dan data yang terkini. 

Pemerolehan Oak Consulting mengukuhkan lagi kedudukan dan keberuntungan Beyond Limits di rantau Asia-Pasifik dan mempercepatkan sumber teknikal syarikat untuk menyokong projek pelanggan baharu dan kes penggunaan. Pelanggan semasa dan masa depan di kawasan itu juga akan mempunyai lebih banyak akses segera kepada pasukan berpengalaman untuk memimpin mereka melalui AI, pembelajaran mesin, analisis data dan integrasi pengurusan daripada fasa konsep hinggalah pelaksanaan.

“Sebagai rakan kongsi utama untuk Beyond Limits sejak 2020, kami telah bekerjasama rapat selama bertahun-tahun untuk lebih memahami dan memenuhi permintaan teknologi perniagaan yang berkembang pesat di rantau ini,” kata Victor Ng, Pengarah Urusan Oak Consulting. “Beyond Limits dan teknologi Cognitive AI miliknya berada di kedudukan yang sangat baik untuk membantu memenuhi permintaan ini kerana kecerdasan buatan menjadi semakin sebati dalam operasi perniagaan harian. Kami menantikan kekuatan dan skop perkhidmatan yang dapat kami tawarkan bersama.”

Kakitangan semasa dan pasukan pengurusan Oak Consulting akan kekal di tempatnya dan akan terus menjana peluang segera di bawah jenama Beyond Limits dengan menawarkan produk dan perkhidmatan sedia ada kepada pelanggan dan rakan kongsi. Pengambilalihan ini menghimpunkan dua buah syarikat terkemuka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dan berdekad lamanya dalam teknologi dan penyelesaian perniagaan. Beyond Limits komited untuk mengembangkan perkhidmatan Oak Consulting untuk mencapai pertumbuhan dramatik pada tahun-tahun akan datang—pertumbuhan yang akan menghasilkan lebih banyak peluang untuk pelanggan Beyond Limits.

Perihal Beyond Limits Asia-Pacific
Beyond Limits Asia-Pacific ialah sebuah syarikat AI berskala perusahaan yang mengoptimumkan operasi, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan produktiviti untuk industri yang mencabar termasuk tenaga, pembuatan termaju dan fintech.

Di luar kecerdasan buatan tradisional, produk perisian Beyond Limits dikuasakan oleh teknologi Cognitive AI yang memenangi anugerah, menggunakan pendekatan AI hibrid yang menggabungkan teknik sentrik data dengan pengetahuan manusia terbenam untuk mengesahkan kepercayaan dalam keputusan dipacu perisian, mengurus risiko operasi dan mendorong keuntungan.

Beyond Limits Asia Pasifik beribu pejabat serantau di Singapura dengan operasi di Hong Kong, Shenzhen, Taipei dan Tokyo. Ibu pejabat serantau memacu pelaburan strategik untuk usaha sama dan perkongsian di Asia untuk mengembangkan AI Beyond Limits dalam bidang menegak termasuk perkhidmatan kewangan, dipimpin oleh pejabat Hong Kong, pembuatan termaju, diketuai oleh pejabat Taiwan dan sektor tenaga yang diketuai oleh pejabat Singapura, Shenzhen dan Tokyo.

Diasaskan pada tahun 2014, Beyond Limits memanfaatkan portfolio pelaburan penting bagi teknologi canggih yang dibangunkan di Makmal Pendorong Jet Caltech untuk misi angkasa lepas NASA. Syarikat itu baru-baru ini diberi penghormatan oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Terbaik Tahunan untuk Anugerah Amalan Terbaik 2021 mereka dan oleh CB Insights dalam Senarai 100 Teratas Pemula Kepintaran Buatan Paling Inovatif 2020 mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.beyond.ai.

Perihal Oak Consulting
Oak Consulting merupakan Penjual Semula Nilai Tambah Tableau Tingkat Perdana dan Penyedia Penyelesaian Awan yang berpangkalan di Singapura dengan pejabat di India dan Malaysia yang menyediakan Pengurusan Data dan Perkhidmatan Perundingan Analitis. Kami pakar dalam industri seperti Penjagaan Kesihatan, Pendidikan, Peruncitan dan e-Dagang, Telko, Kewangan, Perkapalan, Hab Lapangan Terbang, Perkhidmatan Perniagaan dan Sektor Awam.

Firma kami berkembang maju dalam menyampaikan penyelesaian kitaran hayat penuh kelas perusahaan daripada strategi hinggalah ke peringkat pelaksanaan. Kepakaran Oak Consulting terletak pada menangani set data yang besar dan kompleks, menyediakan analitik operasi yang disokong oleh perlombongan data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin; menggunakan platform teknologi Pengurusan Awan dan Data yang paling terkini di dunia. 

Pasukan kepimpinan kami membawa berdekad pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dalam penyelesaian teknologi maklumat dan perniagaan. Bersama pasukan pakar teknologi dan domain perniagaan yang bengalaman, kami bangga menjadi Rakan Kongsi Kolaboratif Secara Progresif untuk bekerjasama di Singapura dan Rantau.​

Maklumat Hubungan:
Scott Blevins
LEWIS untuk Beyond Limits
+1-415-283-5492
beyondlimitspr@teamlewis.com