Pemenang Kategori Majikan Terbaik Diumumkan Dalam Anugerah Stevie® Tahunan ke-7

Pemenang Terbanyak Termasuklah IBM dan Tata Consultancy Services


FAIRFAX, Va., Aug. 09, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Terbaik 2022 (tahunan ke-7), yang merupakan sebuah pertandingan antarabangsa, telah diumumkan hari ini. Anugerah ini mengiktiraf majikan terbaik dunia dan profesional dalam sumber manusia, pasukan, pencapaian dan produk serta pembekal berkaitan Sumber Manusia yang telah membantu mencipta dan memacu tempat kerja yang hebat.

Antara organisasi yang paling banyak memenangi anugerah Stevie ialah IBM, seluruh dunia (27 Emas, Perak, dan Gangsa), Tata Consultancy Services, seluruh dunia (23), Enerjisa Enerji, Turki (21), Bank of America, Amerika Syarikat (18), Cathay United Bank, Taiwan (10), Globe Telecom, Inc., Filipina (10), MİGROS, Turki (10), Abu Dhabi Customs, Emiriah Arab Bersatu (8), DHL Global Forwarding, Jerman (8), Sabanci Holding, Turki (8), İGA (İstanbul Grand Airport), Turki (7), Megaphone, Australia (7), dan NEQSOL HOLDING, Azerbaijan (7).

Layari www.StevieAwards.com/HR untuk melihat senarai penuh pemenang mengikut kategori.

Pemenang Anugerah Grand (“organisasi terbaik”) Stevie akan diumumkan 2 minggu lagi. Ia adalah untuk pencalonan yang menerima markah purata tertinggi daripada para hakim. Anugerah lain, untuk Organisasi Terbaik Tahunan, akan diberikan kepada calon yang memperoleh mata anugerah yang tertinggi dalam pertandingan ini.

Pemenang Emas, Perak dan Gangsa bagi Anugerah Stevie Grand akan diraikan semasa bankuet anugerah pada 17 September di Caesars Palace di Las Vegas. Tiket untuk acara kini dijual.

Lebih 950 pencalonan daripada organisasi di 26 buah negara telah dipertimbangkan dalam pertandingan tahun ini. Pemenang ditentukan berdasarkan purata markah yang diberikan oleh barisan hakim yang terdiri daripada lebih 100 profesional dari seluruh dunia. Pemenang bagi kategori Majikan Terbaik Tahunan, yang ditaja oleh HiBob, ditentukan berdasarkan gabungan unik markah purata yang diberikan oleh barisan hakim profesional dan lebih daripada 80,000 undian daripada orang awam.

Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat mengiktiraf pencapaian dalam banyak aspek tempat kerja. Kategori termasuk:

  • Majikan Terbaik Tahunan
  • Pencapaian Sumber Manusia
  • Anugerah Individu Sumber Manusia
  • Kategori Pasukan Sumber Manusia
  • Anugerah Penyedia Penyelesaian
  • Respons COVID-19
  • Lebih daripada 50 Kategori Produk dan Perkhidmatan Baharu
  • Kepimpanan Pemikiran

Anugerah diberikan oleh Stevie Awards, yang menganjurkan lapan program anugerah perniagaan terkemuka dunia termasuk yang berprestij International Business Awards® dan American Business Awards®.

Perihal Anugerah Stevie
Anugerah Stevie dianugerahkan dalam lapan program: Anugerah Stevie Asia-Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Stevie Timur Tengah & Afrika Utara, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat, Stevie Anugerah untuk Wanita dalam Perniagaan dan Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 12,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 70 buah negara. Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia dengan memberikan penghormatan kepada pelbagai jenis dan saiz organisasi dan warga yang teguh menyokongnya. Ketahui lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Tentang HiBob
HiBob ialah platform Sumber Manusia moden yang direka untuk perniagaan moden. Platform HiBob yang intuitif dan dipacu data, ‘Bob’, dicipta agar sesuai dengan cara anda bekerja pada hari ini: secara global, dari jauh dan secara kolaboratif. Sejak ia dilancarkan pada penghujung tahun 2015, HiBob telah mencapai pertumbuhan pendapatan sebanyak tiga kali ganda tahun demi tahun dan menjadi platform Sumber Manusia pilihan bagi lebih 2,500 syarikat moden, sederhana serta multinasional yang memahami bahawa suite teknologi Sumber Manusia yang hebat dan pantas adalah sangat penting, selain merupakan pemacu utama kejayaan sesebuah organisasi. Syarikat yang dinamik di seluruh dunia seperti Cazoo, Gong, Hopin, Monzo, Happy Socks, Fiverr, dan VaynerMedia bergantung pada Bob untuk membantu Sumber Manusia dan pengurus berhubung, berkomunikasi, mengembangkan dan mengekalkan bakat terbaik. Untuk maklumat lanjut tentang HiBob, lawati www.hibob.com/.

Maklumat Hubungan:
Nina Moore
Nina@StevieAwards.com
+1 (703) 547-8389

Gambar foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/24054089-2286-4589-b277-bd10a2930779/ms


Pemenang Anugerah Stevie 2022 untuk Kategori Majikan Terbaik Telah Diumumkan