Duck Creek Technologies Mengumumkan Ketua Pegawai Pemasaran Baharu

Eksekutif Pemasaran dan Teknologi Berpengalaman Bindu Crandall akan Menyertai Duck Creek Technologies


BOSTON, May 20, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta am hari ini mengumumkan pelantikan Bindu Crandall sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) syarikat itu. Sebagai CMO, Bindu bertanggungjawab menyelia usaha pemasaran dan penjenamaan strategik bagi Duck Creek yang memacu pengembangan global dan kepimpinan syarikat sebagai penyedia perisian dan perkhidmatan insurans P&C.

"Bindu ialah pakar dan pemimpin pemasaran berpengalaman yang memahami cara untuk berhubung dengan pelanggan SaaS dan menyampaikan nilai," kata Mike Jackowski, ketua pegawai eksekutif Duck Creek Technologies.
"Beliau berpengalaman luas dalam membina dan menskala organisasi pemasaran bertaraf dunia bagi syarikat perisian berasaskan awan. Saya sangat teruja mengalu-alukan beliau ke pasukan Duck Creek dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat dan mengembangkan dominasi pasaran kami."

Dengan lebih 20 tahun pengalaman di syarikat teknologi perusahaan, Bindu membawa bersama beliau kepakaran mendalam dalam penjenamaan, penjanaan permintaan, kepimpinan pemikiran dan strategi kandungan, yang disokong oleh rekod prestasi yang terbukti dengan kejayaan beliau melancarkan jenama dan produk melalui pemasaran yang dipacu hasil serta strategi jualan.

"Saya berbesar hati dan teruja dapat menyertai Duck Creek pada saat penting dalam industri insurans ini," kata Crandall. "Duck Creek ialah sebuah syarikat berwawasan yang mengubah cara syarikat insurans beroperasi dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Saya mengagumi budaya, produk dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan. Saya berharap agar dapat bekerjasama dengan pasukan Duck Creek yang berbakat serta rakan niaga untuk mengukuhkan jenama kami, berinteraksi dengan pelanggan kami dan memacu hasil perniagaan."

Sebelum menyertai Duck Creek, Bindu merupakan CMO di Navisite, yang merupakan sebahagian daripada Accenture, iaitu sebuah penyedia transformasi digital dan perkhidmatan IT. Di syarikat itu beliau membina organisasi pemasaran yang memenangi anugerah yang merubah syarikat itu menjadi peneraju perkhidmatan awan terurus dalam pasaran syarikat bersaiz sederhana. Dalam kerjaya terdahulu, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran di Optima Healthcare Solutions, sebuah syarikat penyedia SaaS bagi industri rawatan pemulihan pascaakut serta memegang peranan pemasaran kanan, pemasaran produk dan strategi di pelbagai syarikat termasuk Internap, McKesson dan Scientific Atlanta. (kini Cisco).

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan industri insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan berterusan. Ketulenan, tujuan dan ketelusan menjadi asas penting bagi Duck Creek, dan kami percaya bahawa insurans harus wujud untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara yang diperlukan. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek pada saluran sosial kami untuk maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Dennis Dougherty
dennis.dougherty@duckcreek.com