TGC 2026: Tec-Do Melancarkan Navos Pro untuk AI for Work Berorientasikan Hasil


GUANGZHOU, China, Oct. 25, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tec-Do hari ini menganjurkan Technology Growth Conference 2026 (TGC 2026) di Guangzhou dengan tema “AI is Profitable.” Menampilkan perintis AI Dr. Kevin Knight serta penceramah daripada OpenAI, Google, Alibaba, ByteDance dan Tencent, persidangan tersebut meneliti bagaimana AI mampu menjana nilai perniagaan yang boleh diukur.

Di acara itu, Tec-Do melancarkan Navos Pro, yang digambarkan oleh syarikat sebagai Pro-Agent pertama dalam industri. Dibangunkan berasaskan tiga ciri utama, iaitu Profesional, Proaktif dan Menguntungkan, produk tersebut memperkukuh pendekatan AI for Work berorientasikan hasil yang diterajui oleh Tec-Do.

Daripada Keupayaan AI kepada Hasil Perniagaan


【Ucapan Pembukaan oleh Dr. Kevin Knight】

Dalam ucaptama pembukaannya yang bertajuk "From Language to Action: The Next Leap in AI," Dr. Knight berdasarkan pengalamannya dalam bidang akademik dan industri, mengenal pasti AI for Work sebagai salah satu hala tuju utama bagi aplikasi AI.


【Shuhao Li, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tec-Do】


Shuhao Li, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tec-Do, menggariskan peluang bernilai bertrilion-trilion dolar dalam tiga kategori perbelanjaan perusahaan, iaitu pemasaran dan jualan, pengekodan serta pembangunan produk dan pengurusan. Ketiga-tiga bidang ini masing-masing sepadan dengan, AI for Innovation dan AI for Administration. Berlandaskan kerangka ini, Li meletakkan Navos Pro sebagai antara peneraju utama dalam AI for Growth.

“Kami memberi tumpuan sepenuhnya kepada AI for Work yang berorientasikan hasil,” kata Li.

Direka khas untuk e-dagang rentas sempadan, perdagangan antarabangsa, pemasaran dan analisis perniagaan, Navos Pro menggabungkan:

  • Profesional: Membina pangkalan pengetahuan persendirian daripada laman sesawang jenama dan mengekalkan konteks perniagaan bagi menghasilkan output yang sejajar dengan objektif komersial organisasi.
  • Proaktif: Memantau data sepanjang masa untuk mengenal pasti peluang serta mencadangkan tindakan yang bersesuaian, sambil memastikan kuasa membuat keputusan kekal di tangan manusia.
  • Menguntungkan: Menghubungkan strategi, pembangunan kreatif dan pelaksanaan pengiklanan kepada hasil yang boleh diukur, termasuk nilai dagangan kasar (gross merchandise value, GMV) dan pulangan pelaburan (return on investment, ROI).

Keupayaan ini disokong oleh model khusus dengan 32 bilion, 27 bilion dan 5 bilion parameter, pengetahuan industri, lebih 70 integrasi MCP serta lebih 100 kemahiran. Menurut Tec-Do, platform tersebut memantau lebih daripada 1 bilion titik data setiap hari. Learning Loop menghubungkan hasil dengan pengoptimuman strategi, manakala Navos RSI memanfaatkan pembelajaran pengukuhan berasaskan agen (agentic reinforcement learning) untuk menambah baik Agent Harness.

Seni bina platform itu menyokong penggunaan dalam pelbagai pasaran, saluran dan industri. Portfolio produknya merangkumi Navos Lite dan Navos Pro yang meliputi keseluruhan aliran kerja pemasaran antarabangsa dari hujung ke hujung.

Daripada Memberi Respons kepada Memulakan Kerja

Li menyifatkan evolusi daripada Chatbot kepada Copilot dan seterusnya Pro-Agent sebagai perubahan dari segi pihak yang memulakan kerja: daripada memberikan respons kepada permintaan, kepada membantu pelaksanaan tugas, dan seterusnya mengenal pasti peluang secara proaktif serta memacu pertumbuhan. Beliau berpendapat bahawa industri AI kini sedang beralih daripada sekadar menyediakan keupayaan kepada membuktikan nilai perniagaan yang nyata.

Bersandarkan pengalaman berkhidmat kepada ratusan ribu jenama yang sedang berkembang ke pasaran antarabangsa, Tec-Do kini memperluaskan pendekatan tersebut melalui pelbagai kerjasama strategik. Syarikat itu memaklumkan bahawa ia menjadi antara rakan teknologi global terawal bagi ChatGPT Ads pada Julai 2026, sekali gus membantu jenama meningkatkan ROI sehingga 2.5 kali ganda berbanding tahap sebelumnya. Tec-Do turut menjalin kerjasama dengan Tencent WorkBuddy pada Ogos bagi menerapkan keupayaan AI dalam pengiklanan antarabangsa.

Li berkata AI for Growth merupakan langkah pertama, dengan rancangan untuk mengembangkan keupayaan Tec-Do kepada AI for Innovation dan AI for Administration pada masa hadapan.

Memacu Pengkomersialan AI

Lorry Destainville daripada Monetization Partnerships di OpenAI berkongsi pandangannya mengenai pengkomersialan ChatGPT. Beliau berkata ChatGPT kini mencapai 1.2 bilion pengguna setiap minggu dan OpenAI sedang meneroka Sponsored Agents serta Visual Ads. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tec-Do atas kerjasama dalam membangunkan alat pertumbuhan AI yang praktikal dan boleh diukur untuk jenama.

Tiga sesi panel yang dipengerusikan oleh Maeve Zhang, Naib Presiden Penjenamaan dan Perhubungan Awam di Tec-Do, meneliti impak AI terhadap perniagaan, peluasan ke pasaran antarabangsa dan kerjasama ekosistem. Sesi tersebut menghimpunkan penyedia teknologi, usahawan dan pelabur.

Persidangan tersebut diakhiri dengan pengumuman Pro-Agent Global Challenge oleh Eileen Nie, Rakan Pengasas dan Ketua Inkubasi Ekosistem serta Pelaburan Strategik di Tec-Do. Inisiatif ini mengundang usahawan dari seluruh dunia untuk mengemukakan projek dalam bidang seni bina ejen, pemasaran AI, gerbang kandungan AI dan infrastruktur pengkomputeran, sekali gus menyediakan akses kepada modal, sumber industri serta saluran pertumbuhan global.

Perihal Tec-Do
Ditubuhkan pada 2017, Tec-Do merupakan syarikat pemasaran AI terkemuka yang menyediakan penyelesaian pemasaran berorientasikan hasil untuk memacu pertumbuhan perniagaan global. Dikuasakan oleh model bahasa besar multimodal (MLLM) Tec-Chi serta Marketing Multi-Agent Platform Navos, syarikat ini menawarkan penyelesaian pemasaran hujung ke hujung melalui rangkaian produk natif AI yang berorientasikan prestasi. Produk-produk ini menstruktur semula dan mengautomasikan proses pemasaran yang kritikal kepada operasi perniagaan, termasuk risikan pasaran, penjanaan kandungan, pelaksanaan kempen dan pengoptimuman prestasi merentas saluran media global. Pada tahun 2025, Tec-Do memberikan perkhidmatan kepada lebih 100,000 pengiklan daripada pelbagai sektor, termasuk e-dagang, permainan, hiburan dan perdagangan tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tec-do.com/en/.

Hubungan Media:
Johnny Guan
johnny.guan@tec-do.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b1b1bfad-9be3-44ab-bf1e-7569e402a051
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/753f01f7-514e-4e21-85c9-cca861611308

  


GlobeNewswire

Recommended Reading