Axi Meraikan Ulang Tahun ke-18 dengan Memberi Sumbangan Melalui Inisiatif Komuniti


SYDNEY, Dec. 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Axi, penyedia global utama dagangan CFD dan FX dalam talian, telah meraikan ulang tahun ke-18 pada bulan Oktober lalu, menandakan hampir dua dekad pertumbuhan, kecemerlangan serta komitmen syarikat untuk memberi impak positif.

Ditubuhkan pada tahun 2007, broker yang berpusat di Australia ini telah berkembang daripada sebuah syarikat permulaan dengan hanya dua individu kepada kumpulan global yang sangat dihormati, dengan lebih 400 kakitangan yang mewakili lebih 45 kewarganegaraan di sembilan pejabat di seluruh dunia, termasuk di Australia, Singapura, United Kingdom, Dubai, Filipina, India dan Vanuatu.

Diseluruh pejabat globalnya, pasukan Axi bersatu melalui pelbagai acara bersemuka dan maya – daripada jamuan makan bersama hingga perayaan kebudayaan dan pertemuan dalam talian – meraikan perjalanan serta pencapaian syarikat.

Bagi memperkukuh makna di sebalik pencapaian ini, broker tersebut telah melancarkan rangkaian inisiatif komuniti yang bertujuan memberi kembali kepada masyarakat dengan cara yang lebih signifikan. Antara sorotan inisiatif tersebut termasuk sumbangan barangan kepada Foodbank NSW & ACT, sebuah organisasi bantuan makanan di Australia yang menyediakan hidangan kepada rakyat yang memerlukan; kerjasama dengan NCSF Uplift di Singapura bagi menyokong individu berkeperluan khas melalui sesi kecergasan inklusif; serta lawatan kakitangan Axi di India ke Swami Vivekanand Social Service Trust – sebuah organisasi bukan keuntungan dan pembangunan – di mana mereka meluangkan masa bersama kanak-kanak melalui jamuan makan bersama, aktiviti permainan dan pemberian hadiah.

"Meraikan 18 tahun adalah detik yang membanggakan buat kami semua – namun kisah kami bukan sekadar tentang pertumbuhan; ia juga tentang tujuan," kata Rajesh Yohannan, Ketua Pegawai Eksekutif Axi. "Ulang tahun ini menjadi peluang penting untuk kami menyokong komuniti dan menyumbang kepada usaha yang membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat."

Seiring dengan komitmen Axi untuk memberikan kelebihan kepada pedagang dan rakan kongsi di seluruh dunia, broker ini juga kekal berdedikasi dalam memupuk budaya prihatin, komuniti dan tujuan yang bermakna.

Perihal Axi

Axi merupakan sebuah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau komen tambahan daripada Axi, sila hubungi: mediaenquiries@axi.com

Dipromosikan oleh AxiTrader LLC. Derivatif OTC membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Kandungan ini mungkin tidak tersedia di rantau anda. Tidak bertujuan untuk dijadikan nasihat pelaburan.⁠ 


Recommended Reading